Cerita Motivasi - Berkat Kejujuran

Ditulis oleh: -
Ini merupakan sebuah Cerita Motivasi yang cukup menarik tentang sebuah kejujuran. Ya, terkadang kita selalu menganggap remeh sebuah kejujuran, padahal nilainya amat tinggi dan sangat terpuji. Jika kita selalu melakukan hal ini (kejujuran) niscaya kita akan selalu dalam lindunganNya, dimanapaun kita berada. Sikap jujur hendaknya selalu kita tanamkan kepada anak-anak kita sejak dini.

Berikut ini merupakan secuil kisah yang cukup inspiratif mengenai sebuah kejujuran yang dilakukan oleh seorang bocah, berkat kejujurannya ia mampu membuat orang lain sadar dan insaf dari kesalahannya. Silahkan simak Cerita Motivasi berikut ini.

Cerita Motivasi - Berkat Kejujuran

Cerita Motivasi - Berkat Kejujuran
Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu.

Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Moral dan Iktibar :
  • Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh;
  • Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup;
  • Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain;
  • Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.
referensi pujangga-giras.blogspot.com

0 Komentar "Cerita Motivasi - Berkat Kejujuran", Baca atau Masukkan Komentar

Followers